Tuesday, February 10, 2009

AJK Explorace yang gigih dan rajin.



Sebelum memulakan aktiviti, Mama dan beberapa pelajar yang dilantik menjadi tunggak explorace (AJK)membuat beberapa perancangan untuk menjayakan aktiviti Pelajar semester satu ini. Sehari sebelum aktiviti berjalan kami meninjau kawasan dan membuat perancangan tertentu supaya perjalanan aktiviti lancar dan menyeronokkan semua pelajar yang terlibat.

Enam check point di rancang dan pelbagai tugas (task) perlu mereka selesaikan sebelum menamatkan aktiviti sehari itu. Secara keseluruhan aktiviti ini berjaya menyatukan pelajar2 semester satu yang belum kenal antara satu sama lain dan menyimpul persahabatan diantara mereka. Terima kasih dan syabas kepada AJK explorace yang sungguh bersemangat hari itu. Kepada Bokhari ( Penyiaran), Taj (MC 227), Fakih ( Advertising), Azim (Advertising), Shaikh (Broadcasting), Yasmin (Advert), Masita (Advert), Ili (Advert), Mar (MC 227), Izat (Publishing)anda semua memang hebat, sehebat rakan2 anda yang menjalankan aktiviti pada hari berkenaan. Tahniah kepada semua pelajar.

Explorace Warna Warni Part 1 di Taman Pertanian





Keseronokan yang berpanjangan. Mungkin itu yang dapat di gambarkan waktu menjalankan aktiviti bersama pelajar2 semester satu di taman Pertanian 9 Februari lalu. Seramai lebih 70 pelajar dari enam pengkhususan Penyiaran, Periklanan, Penerbitan, MC 226, Mc227, MC 228 mengambil bahagian. Dua sequence yang lain Kewartawanan dan Perhubungan Awam tidak turut serta kerana Mama tidak mengajar mereka untuk semester satu ini.

Gambar-gambar diatas rakam sebelum explorerace dimulakan...