Friday, March 20, 2015

Aktiviti Students Jan-Julai 2010


Sepanjang Jan-Julai 2010 pelbagai aktiviti dijalankan bersama pelajar semester satu dan 4. Lawatan kerumah anak2-yatim, rumah orang2 tua dan lawatan ke industri Media. Namun kerana kesuntukan masa baru sekarang Mama dapat mengemaskini aktiviti yang telah dijalankan.










Aktiviti Pelajar Sepanjang Tahun 2012)



Aktiviti students yang sentiasa membuat saya gembira.

Salam...sudah lama saya tak update blog ini. Banyak aktiviti students yang saya tak post sejak tahun 2009 . Lama saya berehat disebabkan menjaga arwah Ibu yang sakit sehingga sekarang yang masih mengubati anak sulung dari penyakit kemurungannya. Insya Allah tahun ini saya akan aktif kembali dengan post2 baru aktiviti pelajar saya. Selamat membaca blog saya. Salam untuk semua.



Thursday, June 27, 2013







DIkampung Parit 5, Sabak Bernam pada Dec 2011 - Bersama pelajar Penyiaran MC 223


Di Kampung Sawah Sempadan Tanjung Karang pada tahun 2012 bersama pelajar Penyiaran




Bersama pelajar periklanan di kg Sawah Sempadan Tanjung Karang Selangor

Bersama pelajar penyiaran di Kg Sawah Sempadan tanjung karang Selangor

Di Perpustakaan Klang. Bersama pelajar penyiaran

Santai Bersama Pelajar penyiaran di Seksyen 7 Shah Alam (2012)



Aktiviti Pelajar di luar kelas tahun 2011 -2012







DIkampung Parit 5, Sabak Bernam pada Dec 2011 - Bersama pelajar Penyiaran MC 223


Di Kampung Sawah Sempadan Tanjung Karang pada tahun 2012 bersama pelajar Penyiaran




Bersama pelajar periklanan di kg Sawah Sempadan Tanjung Karang Selangor

Bersama pelajar penyiaran di Kg Sawah Sempadan tanjung karang Selangor

Di Perpustakaan Klang. Bersama pelajar penyiaran

Santai Bersama Pelajar penyiaran di Seksyen 7 Shah Alam (2012)



Aktivi Students Part 1 ( Jan-Mei 2011)



Mama cuba nak upload seberapa banyak video yang pernah students Mama buat sebagai penilaian untuk kerja kursus pelajar dalam blog ini. Sekarang baru try satu dulu...maalumlah mama baru belajar ni...tapi best belajar perkara baru dalam IT ni...Semoga gambar dan video dalam blog ini akan menjadi kenangan kita bersama. Love U..<3 br="">

Monday, May 10, 2010

Lawatan Ke rumah Orang-orang Tua Al Ikhlas Puchong, Selangor





` Ayah dan ibu, ayah dan Ibu itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan Matahari'
`Ayah dan Ibu ayah dan ibu wali-wali keramat pada mereka kita beri hormat'


Bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad mengenai ayah dan ibu begitu menyentuh perasaan Mama. Bulan April yang lalu Mama dan 30 pelajar Penyiaran semester satu sempat meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan penghuni rumah orang-orang tua Al Ikhlas, di Puchong. Tersentuh hati melihat mereka dan kedatangan kami disambut mesra dengan linangan air mata tanda gembira dan penuh makna bagi mereka.

Mama terfikir sejenak bagaimana anak-anak sanggup dan tergamak membuang ibu dan bapa mereka yang telah tua dan tak berdaya sedangkan sewaktu mereka kecil ibu dan ayah lah yang sanggup bekorban harta dan nyawa untuk membesarkan dan memberikan sepenuh kasih sayang pada anak-anak. Cerita yang didengar daripada penghuni rumah ini amat menyedihkan dan meruntun kalbu. Ada yang mempunyai 8 anak tapi seorang anak pun tidak sanggup menjaga ibunya yang sudah tua dan sakit. Betul lah kata pepatah seorang ibu sanggup menjaga sepuluh anak tetapi seorang anak belum sanggup menjaga seorang ibu.

Kesempatan melawat ke rumah berkenaan diharap dapat mendidik pelajar-pelajar mama menghargai dan menyayangi kedua ibubapa mereka sekali gus mengambil iktibar daripada apa yang berlaku ke atas penghuni rumah berkenaan. Semoga semua pelajar Masscomm lebih peka terhadap perasaan orang2 yang lebih tua terutama ibu dan ayah dan saudara mara terdekat.

Ingatlah kita semua akan menjadi tua dan tidak ada siapa yang terlepas dari itu, mati juga adalah pasti...justru anak2 sekalian tanamkan sifat kasih sayang dan keprihatinan yang menebal dalam jiwa kamu agar kamu menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia.Ingat What U give U get back. Hargailah ibu dan ayah kita selagi mereka masih ada kerana tanpa mereka kita tidak lahir kedunia ini dan menjadi siapa kita sekarang ini.