Lawatan ke karangkraf telah diadakan pada 8 Ogos yang disertai pelajar Semester 4 Subjek Communication and Change COM 668. Kami mengadakan lawatan akademik untuk melihat perkembangan Media cetak dan pembaharuan yang di alami dalam teknologi media cetak yang dimiliki syarikat Karangkraf.
Pengarah Projek bagi lawatan ini Mohd Fayyad pelajar semester 4 Kewartawanan telah menghubungi Cik Nursiah bekas pelajar saya yang kini sedang membuat latihan amali di karangkraf bagi menjalankan aktiviti ini.
Seramai 33 pelajar menyertai aktiviti ini yang dijalankan pada hari Jumaat jam 3 petang. lawatan berlangsung selama tiga jam dan diakhir lawatan pelajar dan saya menerima cenderahati buku-buku dan majalah sebagai kenang-kenangan.
Wednesday, August 27, 2008
Majlis Anugerah Dekan
Semester ini, saya diberikan tanggungjawab mengendalikan Majlis Anugerah Dekan bagi sesi Jan-Jun 2008. Saya memilih pelajar Part 5 Communication Planning and Message Design untuk membantu saya mengendalikan Majlis berprestij Fakulti. Tarikh dipilih 1 Ogos 2008.
Kami hanya mempunyai masa sebulan sahaja untuk menyempurnakan segala perancangan dan merealisasikannya pada 1 Ogos. Pelajar kelas Com Palnning banyak membantu menguruskan perjalanan majlis bermula perancangan hingga hari berlangsungnya Majlis.
Alhamdulillah dengan berkat dan ketekunan mereka majlis berkenaan dapat berjalan lancar di Dewan ANNEX UiTM dengan di hadiri lebih 200 orang termasuk pensyarah dan pelajar. Ketua Projek bagi Majlis ini ialah Norliyana Mohamed pelajar Advertising Part 5. Semoga pelajar semua akan terus bersama saya menjalankan aktiviti yang bermanafaat seperti ini.
Sunday, August 24, 2008
Pembelajaran yang `happening'
Kehidupan pelajar kerap dikaitkan dengan 3K, iaitu kelas, kafetria dan kampus. Adakalanya konsep 3 K ini menjadikan pelajar kurang berinteraksi dengan dunia luar dan hanya bergaul sesama sendiri tanpa mengetahui bahawa pembelajaran diluar 3K ini lebih mematangkan pelajar dan dapat melihat realiti kehidupan yang sebenarnya.
Sememangnya kebosanan kuliah didalam kelas selama berjam-jam mengadap muka pensyarah dan slideshow pembelajaran akan membuatkan pelajar berasa tidak minat datang kekelas. Perkara rutin didalam kelas sememangnya amat membosankan. Tidak hairan jika saya sedang mengajar , setiap 10 minit ada saja pelajar yang keluar dengan alasan nak ke tandas.
Berdasarkan pengalaman itu, saya cuba menarik minat pelajar untuk suka datang kekelas dengan mengadakan aktiviti luaran sebagai daya tarikan kepada pelajar mencintai kuliah. Sebagai pensyarah saya juga cuba menggunakan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan atau `learning is Fun' . Ianya tidak terlalu santai tetapi memberikan kesan yang mendalam pada pelajar. Ternyata pendekatan ini berjaya menarik minat pelajar menghadiri kuliah saya dan paling membanggakan jika ada pelajar yang mengatakan mereka tidak sabar untuk kekelas saya minggu seterusnya.
Berkaitan pembelajaran teori adalah sesuatu yang mesti di fahami dan di hafal oleh students. Dalam bidang akademik teori membantu kita memahami sesuatu permasaalahan. Bagaimanapun cara mengaplikasikan sesuatu teori yang pelajari harus juga di tekankan kepada pelajar supaya tidak berlaku percanggahan apabila mereka keluar bekerja.
Bagi pelajar Komunikasi dan Media , sesuatu yang praktikal itu amat penting bagi membantu mereka mengharungi dunia Media yang begitu luas dan penuh dengan pelbagai spekulasi, eksploitasi, hipokrasi dan pelbagai lagi realiti yang sukar dipelajari melalui teori sahaja. Oleh yang demikian saya cuba membawa pelajar menghayati erti kehidupan dan mengaplikasikan teori yang dipelajari melalui aktiviti dan outing yang saya jalankan bersama pelajar.
Blog ini akan memaparkan aksi2 menarik pelajar dalam aktiviti yang mereka jalankan serta permasalahan serta pengajaran setiap aktiviti berkenaan.
Selamat membaca.....
Subscribe to:
Posts (Atom)