Friday, November 13, 2009

Aktiviti Pelajar Sepanjang Tahun 2009







Semua gambar-gambar ini adalah kenangan bersama pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam (FKPM) sepanjang tahun 2009 ini. Harapan Mama mereka yang akan membuat latihan proaktikal akan lebih tabah dan berdisiplin. Jaga nama baik Fakulti. Kepada pelajar2 junior masa anda masih panjang jadi kuatkan semangat untuk melalui liku2 hidup sebagai pelajar yang amat mencabar ini.

Tuesday, February 10, 2009

AJK Explorace yang gigih dan rajin.



Sebelum memulakan aktiviti, Mama dan beberapa pelajar yang dilantik menjadi tunggak explorace (AJK)membuat beberapa perancangan untuk menjayakan aktiviti Pelajar semester satu ini. Sehari sebelum aktiviti berjalan kami meninjau kawasan dan membuat perancangan tertentu supaya perjalanan aktiviti lancar dan menyeronokkan semua pelajar yang terlibat.

Enam check point di rancang dan pelbagai tugas (task) perlu mereka selesaikan sebelum menamatkan aktiviti sehari itu. Secara keseluruhan aktiviti ini berjaya menyatukan pelajar2 semester satu yang belum kenal antara satu sama lain dan menyimpul persahabatan diantara mereka. Terima kasih dan syabas kepada AJK explorace yang sungguh bersemangat hari itu. Kepada Bokhari ( Penyiaran), Taj (MC 227), Fakih ( Advertising), Azim (Advertising), Shaikh (Broadcasting), Yasmin (Advert), Masita (Advert), Ili (Advert), Mar (MC 227), Izat (Publishing)anda semua memang hebat, sehebat rakan2 anda yang menjalankan aktiviti pada hari berkenaan. Tahniah kepada semua pelajar.

Explorace Warna Warni Part 1 di Taman Pertanian





Keseronokan yang berpanjangan. Mungkin itu yang dapat di gambarkan waktu menjalankan aktiviti bersama pelajar2 semester satu di taman Pertanian 9 Februari lalu. Seramai lebih 70 pelajar dari enam pengkhususan Penyiaran, Periklanan, Penerbitan, MC 226, Mc227, MC 228 mengambil bahagian. Dua sequence yang lain Kewartawanan dan Perhubungan Awam tidak turut serta kerana Mama tidak mengajar mereka untuk semester satu ini.

Gambar-gambar diatas rakam sebelum explorerace dimulakan...

Wednesday, January 14, 2009

Kegigihan Pelajar Broadcasting semester satu.



Mereka tidak banyak beza dari pelajar Broadcasting yang lain. Sentiasa ceria, berketrampilan dan paling best kecoh dan mempunyai trademark masscomm. Mama lihat Bokhari, ketua kelas yang sungguh bertanggungjawab semasa Mama mengadakan sesi auting dengan kelas berkenaan. Beliau sanggup menunggu rakan2 yang lambat dan memandu dan memberi tunjuk arah kepada rakan2 yang tidak biasa dengan persekitaran Shah Alam. Sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan beliau adalah antara ciri pemimpin Masscomm yang kita cari. Syabas kepada semua pelajar Broadcasting Part 1 yang berjaya menghadiri outing Mama walaupun terpaksa berjalan kaki dalam keadaan panas terik.Tunggu outing seterusnya.....

Pelajar Advertising Semester Satu yang punya Gaya Tersendiri.



Disebalik kreativiti mereka yang cukup tinggi dan menarik, pelajar semester satu Advertising ini nampak lebih ceria dan bersemangat. Walaupun baru mnegenali antara satu sama lain, mereka mudah mesra dan cergas serta mampu mempamerkan semangat kerjasama yang baik dan bersatu menjayakan aktiviti yang Mama anjurkan walaupun buat pertama kalinya. Ketua kelas Azim, mempunyai sifat kepimpinan dan boleh membimbing rakan2 yang lain. Syabas anda semua. Welcome to MASSCOMM.

Gabungan mantap MC 225, 226, 227 and 228



Pertama kali Mama diberikan tangggungjawab mengajar empat sequence sekali gus yang digabungkan didalam satu kelas. LIB 401 atau nama kursusnya Thinking and Writing Ternyata gabungan mantap ini mampu melahirkan pelajar2 yang cukup kreatif dan mempamerkan kehebatan mereka dalam penulisan. Assignment pertama penjelajahan ke Tasik bersama mereka mempamerkan sikap bersatu mereka walaupun berlainan sequence. Syabas dan semoga aktiviti seterusnya dapat kita jalankan dengan penuh kerjasama dari semua pelajar.