Wednesday, January 14, 2009

Kegigihan Pelajar Broadcasting semester satu.



Mereka tidak banyak beza dari pelajar Broadcasting yang lain. Sentiasa ceria, berketrampilan dan paling best kecoh dan mempunyai trademark masscomm. Mama lihat Bokhari, ketua kelas yang sungguh bertanggungjawab semasa Mama mengadakan sesi auting dengan kelas berkenaan. Beliau sanggup menunggu rakan2 yang lambat dan memandu dan memberi tunjuk arah kepada rakan2 yang tidak biasa dengan persekitaran Shah Alam. Sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan beliau adalah antara ciri pemimpin Masscomm yang kita cari. Syabas kepada semua pelajar Broadcasting Part 1 yang berjaya menghadiri outing Mama walaupun terpaksa berjalan kaki dalam keadaan panas terik.Tunggu outing seterusnya.....

Pelajar Advertising Semester Satu yang punya Gaya Tersendiri.



Disebalik kreativiti mereka yang cukup tinggi dan menarik, pelajar semester satu Advertising ini nampak lebih ceria dan bersemangat. Walaupun baru mnegenali antara satu sama lain, mereka mudah mesra dan cergas serta mampu mempamerkan semangat kerjasama yang baik dan bersatu menjayakan aktiviti yang Mama anjurkan walaupun buat pertama kalinya. Ketua kelas Azim, mempunyai sifat kepimpinan dan boleh membimbing rakan2 yang lain. Syabas anda semua. Welcome to MASSCOMM.

Gabungan mantap MC 225, 226, 227 and 228



Pertama kali Mama diberikan tangggungjawab mengajar empat sequence sekali gus yang digabungkan didalam satu kelas. LIB 401 atau nama kursusnya Thinking and Writing Ternyata gabungan mantap ini mampu melahirkan pelajar2 yang cukup kreatif dan mempamerkan kehebatan mereka dalam penulisan. Assignment pertama penjelajahan ke Tasik bersama mereka mempamerkan sikap bersatu mereka walaupun berlainan sequence. Syabas dan semoga aktiviti seterusnya dapat kita jalankan dengan penuh kerjasama dari semua pelajar.