Monday, May 10, 2010

Lawatan Ke rumah Orang-orang Tua Al Ikhlas Puchong, Selangor





` Ayah dan ibu, ayah dan Ibu itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan Matahari'
`Ayah dan Ibu ayah dan ibu wali-wali keramat pada mereka kita beri hormat'


Bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad mengenai ayah dan ibu begitu menyentuh perasaan Mama. Bulan April yang lalu Mama dan 30 pelajar Penyiaran semester satu sempat meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan penghuni rumah orang-orang tua Al Ikhlas, di Puchong. Tersentuh hati melihat mereka dan kedatangan kami disambut mesra dengan linangan air mata tanda gembira dan penuh makna bagi mereka.

Mama terfikir sejenak bagaimana anak-anak sanggup dan tergamak membuang ibu dan bapa mereka yang telah tua dan tak berdaya sedangkan sewaktu mereka kecil ibu dan ayah lah yang sanggup bekorban harta dan nyawa untuk membesarkan dan memberikan sepenuh kasih sayang pada anak-anak. Cerita yang didengar daripada penghuni rumah ini amat menyedihkan dan meruntun kalbu. Ada yang mempunyai 8 anak tapi seorang anak pun tidak sanggup menjaga ibunya yang sudah tua dan sakit. Betul lah kata pepatah seorang ibu sanggup menjaga sepuluh anak tetapi seorang anak belum sanggup menjaga seorang ibu.

Kesempatan melawat ke rumah berkenaan diharap dapat mendidik pelajar-pelajar mama menghargai dan menyayangi kedua ibubapa mereka sekali gus mengambil iktibar daripada apa yang berlaku ke atas penghuni rumah berkenaan. Semoga semua pelajar Masscomm lebih peka terhadap perasaan orang2 yang lebih tua terutama ibu dan ayah dan saudara mara terdekat.

Ingatlah kita semua akan menjadi tua dan tidak ada siapa yang terlepas dari itu, mati juga adalah pasti...justru anak2 sekalian tanamkan sifat kasih sayang dan keprihatinan yang menebal dalam jiwa kamu agar kamu menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia.Ingat What U give U get back. Hargailah ibu dan ayah kita selagi mereka masih ada kerana tanpa mereka kita tidak lahir kedunia ini dan menjadi siapa kita sekarang ini.