Sunday, August 24, 2008

Pembelajaran yang `happening'


Kehidupan pelajar kerap dikaitkan dengan 3K, iaitu kelas, kafetria dan kampus. Adakalanya konsep 3 K ini menjadikan pelajar kurang berinteraksi dengan dunia luar dan hanya bergaul sesama sendiri tanpa mengetahui bahawa pembelajaran diluar 3K ini lebih mematangkan pelajar dan dapat melihat realiti kehidupan yang sebenarnya.

Sememangnya kebosanan kuliah didalam kelas selama berjam-jam mengadap muka pensyarah dan slideshow pembelajaran akan membuatkan pelajar berasa tidak minat datang kekelas. Perkara rutin didalam kelas sememangnya amat membosankan. Tidak hairan jika saya sedang mengajar , setiap 10 minit ada saja pelajar yang keluar dengan alasan nak ke tandas.

Berdasarkan pengalaman itu, saya cuba menarik minat pelajar untuk suka datang kekelas dengan mengadakan aktiviti luaran sebagai daya tarikan kepada pelajar mencintai kuliah. Sebagai pensyarah saya juga cuba menggunakan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan atau `learning is Fun' . Ianya tidak terlalu santai tetapi memberikan kesan yang mendalam pada pelajar. Ternyata pendekatan ini berjaya menarik minat pelajar menghadiri kuliah saya dan paling membanggakan jika ada pelajar yang mengatakan mereka tidak sabar untuk kekelas saya minggu seterusnya.

Berkaitan pembelajaran teori adalah sesuatu yang mesti di fahami dan di hafal oleh students. Dalam bidang akademik teori membantu kita memahami sesuatu permasaalahan. Bagaimanapun cara mengaplikasikan sesuatu teori yang pelajari harus juga di tekankan kepada pelajar supaya tidak berlaku percanggahan apabila mereka keluar bekerja.

Bagi pelajar Komunikasi dan Media , sesuatu yang praktikal itu amat penting bagi membantu mereka mengharungi dunia Media yang begitu luas dan penuh dengan pelbagai spekulasi, eksploitasi, hipokrasi dan pelbagai lagi realiti yang sukar dipelajari melalui teori sahaja. Oleh yang demikian saya cuba membawa pelajar menghayati erti kehidupan dan mengaplikasikan teori yang dipelajari melalui aktiviti dan outing yang saya jalankan bersama pelajar.

Blog ini akan memaparkan aksi2 menarik pelajar dalam aktiviti yang mereka jalankan serta permasalahan serta pengajaran setiap aktiviti berkenaan.

Selamat membaca.....

2 comments:

Anonymous said...

yes mama, ur rite..
tu yg sume tertunggu2 clas mama tu..
:)

Lubuk Online said...

betul tu mama..fiza setuju dgn kata2 mama tuh..that's why dulu fiza n the geng enjoy sgt biler masa kelas mama..tak bosan like other classes..dgn ader seringan commercial break kan..biasala masscomm like to gosip2 kan...hihi.takder la buat kami semua ngantok..:)