Tuesday, February 10, 2009

AJK Explorace yang gigih dan rajin.



Sebelum memulakan aktiviti, Mama dan beberapa pelajar yang dilantik menjadi tunggak explorace (AJK)membuat beberapa perancangan untuk menjayakan aktiviti Pelajar semester satu ini. Sehari sebelum aktiviti berjalan kami meninjau kawasan dan membuat perancangan tertentu supaya perjalanan aktiviti lancar dan menyeronokkan semua pelajar yang terlibat.

Enam check point di rancang dan pelbagai tugas (task) perlu mereka selesaikan sebelum menamatkan aktiviti sehari itu. Secara keseluruhan aktiviti ini berjaya menyatukan pelajar2 semester satu yang belum kenal antara satu sama lain dan menyimpul persahabatan diantara mereka. Terima kasih dan syabas kepada AJK explorace yang sungguh bersemangat hari itu. Kepada Bokhari ( Penyiaran), Taj (MC 227), Fakih ( Advertising), Azim (Advertising), Shaikh (Broadcasting), Yasmin (Advert), Masita (Advert), Ili (Advert), Mar (MC 227), Izat (Publishing)anda semua memang hebat, sehebat rakan2 anda yang menjalankan aktiviti pada hari berkenaan. Tahniah kepada semua pelajar.

1 comment:

daud.montak.zakaria said...

macam seronok nampaknye aktiviti ni...